Asma Ul Husna

sejenak utk Di renung..

"Harta yang paling menguntungkan ialah SABAR. Teman yang paling akrab adalah AMAL. Pengawal peribadi yang paling waspada DIAM. Bahasa yang paling manis SENYUM. Dan ibadah yang paling indah tentunya KHUSYUK."

Islam is my LIFE...

Oh Islam is the way of life..
Islam is me..
Oh, Islam is the way to live..
Islam is me..
One day..
Explore to the world..
Paradise...
To the world it was Lost...to the world it was lost..
Muhammad, Ya Habiballah..
Muhammad, Ya Rasulullah, Ya Nabiy'allah...
One day....

Friday, May 28, 2010

Dajjal


Dajjal

DAJJAL
Siapakah Dajjal?
Dajjal ialah seorang pemuda, berambut kerinting dan sebelah matanya tersembul. (buta sebelah). Dajjal itu dari bangsa Yahudi dan pengikutnya juga terdiri dari 70,000 bangsa Yahudi.


Di mana keluarnya Dajjal?
Dia akan muncul (dikenali) di antara Sham dan Iraq dan melakukan kemusnahan di serata tempat yang ia sampai.


Dakwaan Dajjal sebagai tuhan
Dajjal akan mendakwa dialah tuhan dengan menunjukkan bukti-bukti seperti dihidupkan orang mati setelah dipotong dua badannya. Dajjal akan menjadikan kampung orang yang menerima dakwaannya sebagai tuhan menjadi mewah dan makmur. Dan kampung orang yang enggan menerima dakwaanya menjadi susah meleset. Namun orang yang kuat imannya akan berkata “kamulah Dajjal”.


Makanan Mukmin di zaman Dajjal
Pada masa itu orang mukmin yang enggan mengakui dakwaan Dajjal sebagai tuhan disekat bekalan makanan (tanah mereka terbiar, kering kongtang dan tiada tumbuhan untuk dimakan). Namun mereka tetap kenyang dengan bertasbih iaitu berzikir dengan mengucapkan “Subhanallah“. Seperti dalam hadith Nabi s.a.w:Makanan orang Mukmin pada zaman Dajjal adalah makanan para malaikat, yakni memuliakan dan mensucikan Allah. Barangsiapa di zaman itu memuliakan dan mensucikan Allah, maka baginya, Allah akan menghilangkan kelaparan.


Berapa lama Dajjal bermaharajalela?
Dalam hadis diceritakan:Kami bertanya, “Wahai Rasulullah, berapa lama ia bermaharajalela di bumi?Baginda s.a.w. menjawab “Empat puluh hari – Hari yang pertama: panjangnya seperti setahun. Hari yang kedua: panjangnya seperti sebulan. Hari yang ke tiga : panjangnya seperti seminggu, manakala hari-hari yang lain: seperti hari-hari kamu yang biasa”Kami bertanya lagi, “Wahai Rasulullah, bagi satu hari yang seperti satu tahun, adakah sembahyang sehari semalam memadai?”Baginda s.a.w. bersabda, : “Tidak, tetapi kirakanlah masa untuk mengerjakan sembahyang itu mengikut kadar masa yang biasa kamu lakukan.”Gelaran Al MasihSemasa Dajjal bermaharajalela, Allah akan menghantar Nabi Isa Al-Masih turun di menara putih di timur Damsyik (Syria). Dajjal juga dikenali dengan Al Masih, yang bermaksud banyak berjalan, Dajjal banyak berjalan untuk menyesatkan manusia. Dajjal dan pengikutnya tidak boleh memasuki Mekah dan Madinah kerana kedua bandar suci ini dikawal oleh malaikat setiap kali mereka menuju ke sana, dipusingkan badan mereka ke arah lain.Pada masa itu juga berlaku “zalzalah” (gempa bumi) sehingga ada penduduk Madinah yang tidak tahan lalu keluar dari situ. Akhirnya mereka menjadi mangsa Dajjal.Seperti ditulis sebelum ini, Dajjal dibunuh oleh Nabi Isa yang akan turun selepas Imam Mahdi:-

Tanda-tanda kiamat


SEPULUH TANDA BESAR KIAMAT

Daripada Huzaifah bin Asid Al-Ghifari ra. berkata:
“Datang kepada kami Rasulullah saw. dan kami pada waktu itu sedang berbincang-bincang. Lalu beliau bersabda: “Apa yang kamu perbincangkan?”. Kami menjawab: “Kami sedang berbincang tentang hari qiamat“. Lalu Nabi saw. bersabda: “Tidak akan terjadi hari qiamat sehingga kamu melihat sebelumnyasepuluh macam tanda-tandanya“. Kemudian beliau menyebutkannya:
  • Asap,
  • Dajjal,
  • Binatang,
  • terbit matahari dari tempat tenggelamnya,
  • turunnya Isa bin Maryam alaihissalam,
  • Yakjuj dan Makjuj,
  • tiga kali gempa bumi, sekali di timur,
  • sekali di barat dan
  • yang ketiga di Semenanjung Arab
  • yang akhir sekali adalah api yang keluar dari arah negeri Yaman yang akan menghalau manusia kepada Padang Mahsyar mereka”.
(H.R. Muslim) BY: Sulaiman (NASBUN NURAIN.com)

Thursday, May 27, 2010

Cinta??


CINTA…???
Apakah cinta?? Kadang-kadang kita keliru dan tertanya-tanya CINTA mana yang patut ada dalam diri kita..Tapi pada saya, CINTA yang paling barakah adalah CINTA pada Allah SWT kerana cinta kepada Allah akan berkekalan sepanjang hayat kita.Tanpa-Nya kita hanyalah hamba yang hina yang tiada arah tujuan di atas muka bumi ini. CINTA pada kedua ibu bapa juga perlu ditanam kerana ibu bapa lah yang telah membesarkan kita daripada kecil lagi. 9 bulan bertarung menahan kesakitan ketika kita masih dalam kandungan..menyusukan kita semasa kita masih bayi lagi..itulah pengorbanan ibu. Mengazankan kita semasa kita dilahirkan di dunia ini, berpenat lelah mencari rezeki agar dapat menampung keluarga tanpa mengira penat dan lelah…itulah bapa.Seharusnya sebagai anak yang soleh dan solehah kita hendaklah CINTA kepada kedua ibu bapa kita. Mencurahkan kasih sayang, menghormati mereka dan mematuhi segala nasihat yang telah diberikan. Mereka tidak mengharapkan anak-anak mereka membalas balik segala pengorbanan mereka..tetapi  mereka mengharapkan kasih sayang dari anak-anak mereka..Bagaimana pula CINTA sesama manusia..?? Sebenarnya tidak salah jika kita hendak menanam CINTA pada orang lain. Namun hendaklah dibataskan dengan syarak. Seindah CINTA adalah ketika bercinta selepas berkahwin, kerana ia lebih manis dan diredhai oleh Allah SWT..tetapi sebagai hamba Allah yang lemah kadang-kadang kita tidak boleh terlepas daripada perasaan bercinta kerana itulah nikmat yang telah diberikanNYA..bagi saya..saya pun pernah bercinta tetapi selalu saya mengingatkan diri saya bahawa Allah sebenarnya sedang menguji keimanan dan kesabaran saya..Jadi kepada sesiapa yang sedang bercinta tu pandai-pandailah jaga diri…Ingatlah bahawa Allah selalu memerhatikan hamba-hambaNYA selalu..janganlah kerana CINTA badan kita binasa..pesanan in ditujukan khas kepada saya juga..yang baik itu datang daripada Allah dan yang slah itu datang daripada kelemahan saya sendiri..Barakallahhufikum..:)

Tuesday, May 25, 2010

Buatmu Wanita Solehah..

Impian Kasih

Kasih dengarlah hatiku berbicara
Kasih izinkan diriku bertanya
Bisakah cinta bersemi
Mengundang restu Ilahi
Adakah bahgia yang diimpi
Menjadi satu realiti.

Kasih ku sedari kekurangan diri
Kasih ku insafi kelemahan diri
Ku ingin sunting dirimu
Menjadi permaisuri hatiku
Sebagai isteri yang berbudi
Kebanggaan para suami

Wanita hiasan dunia
Seindah hiasan adalah wanita solehah
Yang akan membahagiakan
Syurga dalam rumahtangga

Hanya itu yang ku inginkan
Dari insan yang amat kusayang
Damaikanlah resah hatiku
Aku rindu kasih dan sayangmu
Terimalah seadanya
Akulah hiasan pelamin hidupmu

Andainya tiada jodoh
Untuk ke singgahsana
Ku pasrahkan segalanya
Kerna takdir yang akan menentukan
Impian kasih

Pemakanan Yang Sihat Pemangkin Muslim Cemerlang

PemakananYg Sihat Pemangkin Muslim CemerlangXfaham..?xfaham..?Kenapa skrg Umat Islam mengambil ringan ttg pemakanan mereka seharian?? Kita perlulah melihat semula PRASYARAT untuk menjadi ummah terbilang dalam era moden ini iaitu kekuatan mental, fizikal dan kerohanian. Sukar untuk mencapai kekuatan ini jika tidak sihat. Contoh mudah adalah berkaitan sarapan pagi. Ramai bersetuju bahawa orang Melayu (yang sebahagian besarnya beragama Islam) tidak mementingkan sarapan pagi. Kadangkala anak mereka ke sekolah tanpa bersarapan pagi.

Perkara ini dikatakan sebagai salah satu faktor kemunduran pelajar Melayu. Umat Islam kini menghadapi cabaran yang pelbagai. Selain dituduh sebagai bangsa yang ganas, umat Islam jauh ketinggalan dalam pelbagai bidang, terutama ekonomi, sains dan teknologi.

Oleh itu, sebahagian besar umat Islam di seluruh dunia hidup dalam kemiskinan dan kemunduran. Mereka lemah dalam banyak aspek kehidupan. Atas sebab ini mereka juga sering berhadapan dengan masalah kebersihan, kebuluran dan penyakit.

Kelemahan yang ditunjukkan tadi menyebabkan umat Islam kini tidak setanding dengan umat Islam terdahulu.

Umat terdahulu kuat, gagah dan perkasa. Apabila diminta untuk mempertahankan agama dan tanah air, mereka tidak segan silu menawarkan diri. Umat Islam dulu kuat fizikal dan mindanya.

Tidak hairan, banyak cabang ilmu kini yang lahir daripada kepintaran dan ketinggian ilmu masyarakat Islam dulu. Siapa yang tidak kenal dengan ilmuwan Islam seperti al- Khawarizmi, al-Khindi, al-Biruni dan al-Razi.

Kekuatan yang ditunjukkan oleh umat Islam terdahulu, ditambah pula dengan keimanan tinggi, menjadikan mereka disegani dan dihormati. Oleh itu, umat Islam kini perlu mencontohi dan mengembalikan kekuatan ummah Islam dengan memulakan satu gaya hidup sihat dan cergas. Kegiatan kecergasan juga sesuatu yang tidak asing dalam Islam. Islam memang menganjurkan umatnya untuk bersukan dan beriadah untuk mendapatkan tubuh badan sihat. Antara kegiatan yang pernah menjadi amalan umat Islam terdahulu adalah berlumba lari, menunggang kuda, berenang, memanah dan berburu. Misalnya, Saidatina Aisyah pernah berlumba lari dengan Nabi Muhammad saw, terutama apabila berat badannya bertambah. Saidina Umar bin al-Khatab pula pernah berkata kepada seorang gabenor agar mengajarkan anak kecil berenang, memanah dan menunggang kuda. Islam juga sangat menitikberatkan aspek pemakanan. Misalnya, Saidatina Aisyah pernah berlumba lari dengan Nabi Muhammad saw, terutama apabila berat badannya bertambah. Saidina Umar bin al-Khatab pula pernah berkata kepada seorang gabenor agar mengajarkan anak kecil berenang, memanah dan menunggang kuda. Islam juga sangat menitikberatkan aspek pemakanan.

Bagi umat Islam khususnya, aspek kehidupan sihat dan cergas mesti ditanam dan diamalkan demi menjadi seorang Muslim progresif dan dinamik. Kita tidak mahu lagi dilihat sebagai seorang yang lemah, lembik dan mudah dipermainkan dalam dunia yang serba mencabar ini.

Begitu pun, dalam usaha mencapai gaya hidup sihat dan cergas, janganlah pula lupa kepada peraturan dalam Islam.

Misalnya, jangan sampai lupa kepada ibadat, menjaga pergaulan agar tidak terlalu bebas, memelihara cara berpakaian dan jangan sampai memudaratkan diri.

Niatkan bahawa kehidupan sihat dan cergas yang ingin dicapai ini semata- mata kerana Allah dan matlamat utama kegiatan itu untuk mendapat keredaan- Nya. Oleh itu renung-renungkanlah…nasihat ini juga d tujukan kpd saya dan anda semua…yg sempurna itu dating daripada Allah SWT dan yg lemah itu dating daripada saya…SubhanallahJ

Problems facing by The Muslims


If we analyze all over the world we will know that the Muslim Ummah is being wiped by America and NATO. In Kashmir, Afghanistan, Iraq, and Philistine and in our country .In Pakistan many Muslims young and children men and women are being arrested without any reason by the blame of terrorist. The term of terrorist is a trick to finish the Muslim Ummah and Islamic values.

As Quran says: “They (non Muslims) want to blow out the light of Islam by their blow but Allah will complete his light of Islam, although they do not like it.”
At present in every where Muslim’s blood is very cheap and is being shed like water. Young are being shouted. Girls are being dishonored , children are being pieces by bombs and houses of Muslims are being burnt, flames are rising, cries and sobbing of Muslims are listening in the our tears, blood, destruction fire, cries, murders and disgrace are being the symbol of Muslims.
If we try to understand the reasons of this destruction we shall find that only one crime (According to Non Muslim) of the Muslim is.
“There is no God but Allah, and Muhammad (SAW) is the prophet of Allah”
America and other temporary powers feel terror by this slogan of Muslims. So they are trying their efforts against Islam.
We can defend Islam and be in peace only when we can check it only by Jihad and implementing of an Islamic system.
There are many reasons of down fall of the Muslims.
  1. Muslims have left behind their religion and civilization.
  2. Muslims have impressed by new civilization and adopted it.
  3. Muslims are backward in science and technology and not serious to learn it.
  4. They are not hard worker and are being beggar to live.
  5. They are not leading their lives according to the teaching of Islam.
To conclude, recently all over the world, Muslims are facing a lot of problems. Non-Muslims and weak Muslims rulers are calling Muslims “terrorist”. The main reasons are illiteracy, weakness of Iman and depend upon new civilization. We can make the Muslim great and strong again by teaching and leading them according to the teaching of Islam..