Asma Ul Husna

sejenak utk Di renung..

"Harta yang paling menguntungkan ialah SABAR. Teman yang paling akrab adalah AMAL. Pengawal peribadi yang paling waspada DIAM. Bahasa yang paling manis SENYUM. Dan ibadah yang paling indah tentunya KHUSYUK."

Islam is my LIFE...

Oh Islam is the way of life..
Islam is me..
Oh, Islam is the way to live..
Islam is me..
One day..
Explore to the world..
Paradise...
To the world it was Lost...to the world it was lost..
Muhammad, Ya Habiballah..
Muhammad, Ya Rasulullah, Ya Nabiy'allah...
One day....

Wednesday, January 19, 2011

Sensitiviti Foto di laman sosial




Bagaimana agaknya perasaan seorang lelaki seandainya dia tahu bahawa gambarnya sedang diamati dan dilihat orang asing. Mungkin tiada apa-apa kesan kepada individu tersebut. Baginya normal untuk seseorang melihat wajahnya. Malah mungkin timbul rasa bangga dengan ke-macho-an dirinya yang dilihat orang lain.Ramai rakan-rakan kita yang memiliki Facebook  pastinya akan dan ingin berkongsi saat-saat manis mereka. Jika tiada, kenalannya pula akan tag gambar beliau. Timbul rasa musykil bila melihat gambar-gambar ini. Selamatkah? Tidak mengapakah kalau orang tengok? Aku tengah tidak pakai tudung waktu ini, orang lain tangkap gambar. Yang lelaki juga tidak terlepas dosa memperlihatkan auratnya secara global.
 Lagi bertambah suka di hati jika yang melakukannya ialah secret admire.
Tapi bagaimana kalau posisi lelaki tersebut ditukar kepada wanita. Bukan sebarang wanita tetapi seorang muslimah pula. Jika dahulu, foto kita hanya dimiliki oleh diri sendiri sahaja tetapi sekarang dengan kemunculan laman sosial, segalanya menjadi amat mudah. Hanya tekan butang upload dan gambar itu akan terpapar di sesawang internet seluruh dunia.
Jika diperhatikan, banyak kebaikan yang hadir dengan kemajuan teknologi dalam photo sharingyang boleh dimanfaatkan bersama tetapi rasanya, cuba kita singkap keburukan dan kelemahannya pula.
Seandainya kita melayari laman sesawang yang menawarkan khidmat group, pasti akan terlihat pelbagai jenis foto manusia yang tidak pernah sekali pun bersua. Apatah lagi, sekiranya foto itu telah dibedah dengan Photoshop. Kadang kala, gambar yang peli-pelik pun ada. Usah diperkatakan dengan gambar-gambar terlarang. Pernahkah kita membayangkan perasaan orang yang mungkin terlihat foto seorang muslimah (kerana rasanya gambar lelaki tidak menjadi rebutan)? Jika yang baik dan tinggi imannya, akan terus menekan butang close. Tapi yang kurang imannya pula bagaimana?

Pasti timbul pelbagai syubhah di hati kerana tahu ianya salah tapi ingin juga dibenarkannya. Akhirnya, satu hari, kita lihat gambar kita yang telah di-edit terpampang di laman-laman yang tidak sepatutnya. Ditambah dengan nombor telefon yang diletakkan di profile, hidup kita akan "diserikan" dengan panggilan pelik.

Mungkin kes di atas hanya satu dalam sejuta. Tapi kita perlu sedar, kita ialah satu dalam sejuta itu.  Maka, beringat-ingatlah seandainya ingin berkongsi foto secara online.  Minta kawanremove seandainya gambar yang di-tag itu menyentuh hak peribadi sebagai seorang muslim mahu pun muslimah. Insyaallah, kita akan lebih tenang dalam dunia siber yang semakin meluas hari ini.


Segenggam Tabah

Kiss The Rain - Yiruma (Sweet Touching Music)

Mencari keredhaan Allah




Abi Abbas r.a telah berkata: Rasulullah s.a.w telah bersabda: Sesiapa yang menyebabkan kemurkaan Allah kerana hndak mencari keredaan manusia, Allah akan memurkainya dan Allah akan menjadikan setiap yang diredainya itu benci terhadapnya. Dan orang yang mencari keredhaan Allah, walaupun dibenci oleh manusia nescaya Allah akan meredainya dan menjadikan setiap yang membencinya itu redha terhadapnya sehingga keredaan Allah itu menghiasi dirinya, percakapannya dan amalannya, nescaya ia mendapat perhatian Allah (Diriwayatkan oleh al-Tabrani)
Mukadimah Hadis
Setiap manusia hendaklah sentiasa berusaha untuk mendapatkan keredaan Allah kerana keredaan Allah itu adalah kemuncak pengharapan manusia yang hidup di muka bumi. Ini boleh dicapai dngan melakukan segala perinta-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya.
Huraian Hadis
1. Keredhaan Allah dapat menjamin kebahagiaan di dunia dan akhirat. Asas keredhaan itu ialah berdasarkan kepada perkara-perkara yang tidak bertentangan dengan ajaran Allah walaupun ianya bertentangan dengan kemahuan manusia.
2.  Kemurkaan Allah bergantung kepada amalan buruk manusia. Kemurkaan Allah adalah hasil daripada perbuatan manusia yang melakukan perkara-perkara yang bertentangan dengan al-Quran dan as-Sunnah. Mereka yang berkelakuan sedemikian tidak mendapat petunjuk dan hidayah serta akan mendapat balasan buruk di dunia atau akhirat.
3.  Allah memberi sebab menentukan keredaan-Nya dan kemurkaan-Nya, bermaksud Allah memperkenankan usaha-usaha yang dibuat bagi tujuan mencapai apa yang dikehendaki oleh seseorang sama ada keredhaan atau kemurkaan daripada Allah dan rasul-Nya atau kebencian dan keredhaan manusia.
4. Dihiasi dirinya, perkataannya dan perbuatannya bererti Allah memberi petunjuk dan taufik kepada sesiapa yang diredhai hinggalah perkataan dan perbuatan yang dilakukan semuanya elok, cantik lagi indah mengikut pandangan manusia dan pandangan Allah.
5. Keredhaan Allah dan rasulnya itulah sahaja yang boleh menentukan kedudukan seseorang mukmin, yang menangkat atau menjatuhkan darjat mereka, menghina atau memuliakannya. Makhluk Allah itu termasuk manusia adalah makhluk yang lemah dan sentiasa memerlukan perlindungan Allah lantaran itu tidak wajar seseorang mukmin itu menentang hukum Allah SWT.
6. Oleh kerana kelemahan manusia yang sering terpedaya dengan keindahan dunia maka terdapat dikalangan mereka yang suka mencari peluang mendapatkan kuasa, pengaruh, pangkat, harta sebagainya sehingga sanggup melakukan perbuatan yang mengundang kemurkaan Allah. Sedang Allah dan rasulnya itulah yang mesti dibesarkan dan dimuliakan serta diharap keredaan-Nya.
Maksud firman Allah dalam surah at-Taubah ayat 62;
"Mereka bersumpah kepada kamu dengan nama Allah untuk mendapat keredaan kamu, pada hal Allah dan rasulnya jualah yang lebih berhak mereka mendapat keredaannya, jika betul mereka orang yang beriman"
7. Sikap dan perbuatan mengutamakan makhluk itu banyak berlaku dihadapan mata kita sehingga ada yang sanggup melakukan kerosakan, menganiaya, penindasan dan kekerasan semata-mata untuk mendapatkan kepuasan nafsu dan keredaan makhluk. Sanggup mengampu, bermuka-muka, berpura-pura dan sebagainya asalkan mendapat apa yang dihajatkan biar apa pun yang berlaku kepada orang lain.
Pengajaran
1. Tanda kesempurnaan Iman ialah sanggup melakukan sesuatu sesuai dengan keredaan Allah dengan mengikut pengajaran al-Quran dan as-Sunnah Rasulullah, sekalipun tidak disukai oleh orang lain.
2. Sesiapa yang berusaha mendapatkan keradaan Allah maka Allah akan menolong dan memeliharanya serta mendapat perhatian-Nya. Akan tetapi sesiapa yang mengharapkan keredaan makhluk dengan membuat perkara-perkara yang di murkai Allah. Maka Allah tidak akan memberinya pertunjuk dan hidayah, tidak akan selamat di dunia dan di akhirat.
3. Kita hendaklah sentiasa mengharapkan pertunjuk Allah bagi memperkuatkan iman dan keyakinan yang akan menjadi kuasa pendorong kepada kebajikan dan menghalang daripada melakukan kerosakan dan kejahatan.
Kesimpulan
Seseorang mukmin hendaklah sentiasa berusaha mencari keredhaan Allah dan rasulnya lebih daripada yang lain kerana itulah sahaja yang akan menjamin kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat.
- Sumber : Majlis Agama Islam Johor (MAIJ)

Lawak sejenak


Seorang lelaki yang sengau naik ke sebuah bas lalu bertanya kepada pemandu
bas "Vang.. vas nih fegi hamfang ke...? " (bang, bas ni pergi ampang ke?).
Pemandu bas itu berdiam diri. Marah kerana tidak dilayan, lelaki sengau
itu pun turun dari bas.

Seorang lelaki lain di belakang pemuda sengau tadi pun bertanya kepada
pemandu bas itu.
"kenapa awak diam tadi? kesian dia..."

Pemandu itu pun menjawab: "Masham mana haya nak hawab.... haya hun hengau
hugak.. hhanti hia hata haya hehek hia hulakk!!!........"
(macam mana saya nak jawab.. saya pun sengau jugak.. nanti dia kata saya
ejek dia pulak!!!)....



Pengajaran: Setiap yg terjadi ada hikmahnya:)

Tips ceria



Mengambil kesempatan yang ada...pagi tadi saya sempat mendengar sedikit tips daripada Dr. Hj. Fadzilah Kamsah yang menyatakan bagaimana untuk kita sentiasa ceria dan bersikap serta berpemikiran positif. Suka saya kongsikan bersama...

1) Sentiasa menjaga Ibadah khusus, solat di awal waktu, dan sebagainya kerana solat adalah
tunjang utama penghidupan seseorang katanya.

2) Kita hendak ceria dan sentiasa positif, kita perlu meminta daripada yang empunya nya, iaitu Pencipta kita ALLAH S.W.T. dan ALLAH telah menyatakan di dalam Al-Quran, mintalah dengan Allah, nescaya akan Allah kabulkan..
oleh itu, sentiasalah meminta doa khusus untuk kita sentiasa ceria, cemerlang, positif dan pelbagai lagi sifat2 mahmudah.

3) Tips ini yang selalu disebut oleh beliau, iaitu, memaafkan SEMUA orang sebelum tidur. Ini penting untuk kita sentiasa melapangkan hati kita daripada syakwasangka yang menjadi mainan syaitan.

Sedar atau tidak kita, ini adalah tips2 yang menjana insan cemerlang dunia dan akhirat. Mengaplikasikan Ilmu ukhrawi, untuk kebaikan di dunia. Sesungguhnya ramai di kalangan kita yang terlepas akan perkara2 yang bermakna seperti ini. Lalu, bagaimanakah kita hendak menjadi insan cemerlang sedangkan kita gagal untuk menetapkan di dalam minda kita sendiri untuk cemerlang..

Oleh sebab itu, saya suka melihat dan membaca bahan bacaan yang mengaitkan realiti kehidupan dengan cara hidup ISLAM yang sebenar...

Oleh itu, marilah kita bersama mengamalkan cara hidup ISLAM yang membawa kebahagiaan di dunia dan di akhirat...
semoga semua sentiasa dirahmati dan diberkati ALLAH...ameen...