Asma Ul Husna

sejenak utk Di renung..

"Harta yang paling menguntungkan ialah SABAR. Teman yang paling akrab adalah AMAL. Pengawal peribadi yang paling waspada DIAM. Bahasa yang paling manis SENYUM. Dan ibadah yang paling indah tentunya KHUSYUK."

Islam is my LIFE...

Oh Islam is the way of life..
Islam is me..
Oh, Islam is the way to live..
Islam is me..
One day..
Explore to the world..
Paradise...
To the world it was Lost...to the world it was lost..
Muhammad, Ya Habiballah..
Muhammad, Ya Rasulullah, Ya Nabiy'allah...
One day....

Thursday, May 27, 2010

Cinta??


CINTA…???
Apakah cinta?? Kadang-kadang kita keliru dan tertanya-tanya CINTA mana yang patut ada dalam diri kita..Tapi pada saya, CINTA yang paling barakah adalah CINTA pada Allah SWT kerana cinta kepada Allah akan berkekalan sepanjang hayat kita.Tanpa-Nya kita hanyalah hamba yang hina yang tiada arah tujuan di atas muka bumi ini. CINTA pada kedua ibu bapa juga perlu ditanam kerana ibu bapa lah yang telah membesarkan kita daripada kecil lagi. 9 bulan bertarung menahan kesakitan ketika kita masih dalam kandungan..menyusukan kita semasa kita masih bayi lagi..itulah pengorbanan ibu. Mengazankan kita semasa kita dilahirkan di dunia ini, berpenat lelah mencari rezeki agar dapat menampung keluarga tanpa mengira penat dan lelah…itulah bapa.Seharusnya sebagai anak yang soleh dan solehah kita hendaklah CINTA kepada kedua ibu bapa kita. Mencurahkan kasih sayang, menghormati mereka dan mematuhi segala nasihat yang telah diberikan. Mereka tidak mengharapkan anak-anak mereka membalas balik segala pengorbanan mereka..tetapi  mereka mengharapkan kasih sayang dari anak-anak mereka..Bagaimana pula CINTA sesama manusia..?? Sebenarnya tidak salah jika kita hendak menanam CINTA pada orang lain. Namun hendaklah dibataskan dengan syarak. Seindah CINTA adalah ketika bercinta selepas berkahwin, kerana ia lebih manis dan diredhai oleh Allah SWT..tetapi sebagai hamba Allah yang lemah kadang-kadang kita tidak boleh terlepas daripada perasaan bercinta kerana itulah nikmat yang telah diberikanNYA..bagi saya..saya pun pernah bercinta tetapi selalu saya mengingatkan diri saya bahawa Allah sebenarnya sedang menguji keimanan dan kesabaran saya..Jadi kepada sesiapa yang sedang bercinta tu pandai-pandailah jaga diri…Ingatlah bahawa Allah selalu memerhatikan hamba-hambaNYA selalu..janganlah kerana CINTA badan kita binasa..pesanan in ditujukan khas kepada saya juga..yang baik itu datang daripada Allah dan yang slah itu datang daripada kelemahan saya sendiri..Barakallahhufikum..:)

2 comments: