Asma Ul Husna

sejenak utk Di renung..

"Harta yang paling menguntungkan ialah SABAR. Teman yang paling akrab adalah AMAL. Pengawal peribadi yang paling waspada DIAM. Bahasa yang paling manis SENYUM. Dan ibadah yang paling indah tentunya KHUSYUK."

Islam is my LIFE...

Oh Islam is the way of life..
Islam is me..
Oh, Islam is the way to live..
Islam is me..
One day..
Explore to the world..
Paradise...
To the world it was Lost...to the world it was lost..
Muhammad, Ya Habiballah..
Muhammad, Ya Rasulullah, Ya Nabiy'allah...
One day....

Tuesday, May 25, 2010

Pemakanan Yang Sihat Pemangkin Muslim Cemerlang

PemakananYg Sihat Pemangkin Muslim CemerlangXfaham..?xfaham..?Kenapa skrg Umat Islam mengambil ringan ttg pemakanan mereka seharian?? Kita perlulah melihat semula PRASYARAT untuk menjadi ummah terbilang dalam era moden ini iaitu kekuatan mental, fizikal dan kerohanian. Sukar untuk mencapai kekuatan ini jika tidak sihat. Contoh mudah adalah berkaitan sarapan pagi. Ramai bersetuju bahawa orang Melayu (yang sebahagian besarnya beragama Islam) tidak mementingkan sarapan pagi. Kadangkala anak mereka ke sekolah tanpa bersarapan pagi.

Perkara ini dikatakan sebagai salah satu faktor kemunduran pelajar Melayu. Umat Islam kini menghadapi cabaran yang pelbagai. Selain dituduh sebagai bangsa yang ganas, umat Islam jauh ketinggalan dalam pelbagai bidang, terutama ekonomi, sains dan teknologi.

Oleh itu, sebahagian besar umat Islam di seluruh dunia hidup dalam kemiskinan dan kemunduran. Mereka lemah dalam banyak aspek kehidupan. Atas sebab ini mereka juga sering berhadapan dengan masalah kebersihan, kebuluran dan penyakit.

Kelemahan yang ditunjukkan tadi menyebabkan umat Islam kini tidak setanding dengan umat Islam terdahulu.

Umat terdahulu kuat, gagah dan perkasa. Apabila diminta untuk mempertahankan agama dan tanah air, mereka tidak segan silu menawarkan diri. Umat Islam dulu kuat fizikal dan mindanya.

Tidak hairan, banyak cabang ilmu kini yang lahir daripada kepintaran dan ketinggian ilmu masyarakat Islam dulu. Siapa yang tidak kenal dengan ilmuwan Islam seperti al- Khawarizmi, al-Khindi, al-Biruni dan al-Razi.

Kekuatan yang ditunjukkan oleh umat Islam terdahulu, ditambah pula dengan keimanan tinggi, menjadikan mereka disegani dan dihormati. Oleh itu, umat Islam kini perlu mencontohi dan mengembalikan kekuatan ummah Islam dengan memulakan satu gaya hidup sihat dan cergas. Kegiatan kecergasan juga sesuatu yang tidak asing dalam Islam. Islam memang menganjurkan umatnya untuk bersukan dan beriadah untuk mendapatkan tubuh badan sihat. Antara kegiatan yang pernah menjadi amalan umat Islam terdahulu adalah berlumba lari, menunggang kuda, berenang, memanah dan berburu. Misalnya, Saidatina Aisyah pernah berlumba lari dengan Nabi Muhammad saw, terutama apabila berat badannya bertambah. Saidina Umar bin al-Khatab pula pernah berkata kepada seorang gabenor agar mengajarkan anak kecil berenang, memanah dan menunggang kuda. Islam juga sangat menitikberatkan aspek pemakanan. Misalnya, Saidatina Aisyah pernah berlumba lari dengan Nabi Muhammad saw, terutama apabila berat badannya bertambah. Saidina Umar bin al-Khatab pula pernah berkata kepada seorang gabenor agar mengajarkan anak kecil berenang, memanah dan menunggang kuda. Islam juga sangat menitikberatkan aspek pemakanan.

Bagi umat Islam khususnya, aspek kehidupan sihat dan cergas mesti ditanam dan diamalkan demi menjadi seorang Muslim progresif dan dinamik. Kita tidak mahu lagi dilihat sebagai seorang yang lemah, lembik dan mudah dipermainkan dalam dunia yang serba mencabar ini.

Begitu pun, dalam usaha mencapai gaya hidup sihat dan cergas, janganlah pula lupa kepada peraturan dalam Islam.

Misalnya, jangan sampai lupa kepada ibadat, menjaga pergaulan agar tidak terlalu bebas, memelihara cara berpakaian dan jangan sampai memudaratkan diri.

Niatkan bahawa kehidupan sihat dan cergas yang ingin dicapai ini semata- mata kerana Allah dan matlamat utama kegiatan itu untuk mendapat keredaan- Nya. Oleh itu renung-renungkanlah…nasihat ini juga d tujukan kpd saya dan anda semua…yg sempurna itu dating daripada Allah SWT dan yg lemah itu dating daripada saya…SubhanallahJ

No comments:

Post a Comment